Wednesday 17 October 2012

 LATIHAN
SOALAN 1

A ringan tulang berat perut
B seperti tikus jatuh ke beras
C bagai ayam bertelur di padi
D pipit pekak makan berhujan
E besar kapal besarlah gelombang
F dalam menyelam, cetek bertimba
G seperti labah-labah cinta kepada telurnya
H daun dapat dilayangkan, getah jatuh ke perdu juga
I kail sebentuk umpan seekor, sehari putus sehari hanyut
J baru hendak bertunas, sudah dipetik lama-lama matilah pokoknya

Rahim dan Rahman hidup bahagia dalam sebuah keluarga yang mewah. Kehidupan mereka boleh dikatakan (6)
. Namun curahan kasih sayang yang diberikan kepada mereka berdua tidak sama kerana Rahman merupakan anak angkat dalam keluarga tersebut, bak kata peribahasa (7) . Walaupun begitu, Rahman gigih berusaha menjalankan perniagaannya secara kecil-kecilan. Dia percaya sesiapa yang (8) sudah pasti akan memperoleh rezeki. Rahman juga menggunakan prinsip (9) , iaitu walaupun untung yang diperoleh tidak banyak, yang sedikit pun memadai baginya. Ketrampilannya dalam mengendalikan perniagaannya jauh berbeza daripada Rahim. Rahim bercita-cita besar semasa memulakan sebuah firma antarabangsa tetapi tidak mempunyai persediaan yang cukup, bak kata orang (10) . Akhirnya, Rahman terpaksa menggunakan khidmat seorang pengurus yang cekap agar dapat mempertahankan firmanya yang berada di ambang kerugian.

No comments:

Post a Comment